Johor Bahru, 9 Oktober 2025
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor telah menganjurkan Kursus Grafik & Editing Menggunakan Aplikasi Canva bertempat di Dewan Bakawali, Ibu Pejabat JBPM Negeri Johor.
Kursus ini diadakan dengan objektif untuk memberi pendedahan dan latihan kepada anggota JBPM yang ditugaskan dalam penghasilan bahan-bahan grafik rasmi jabatan. Ia merangkumi penghasilan poster, infografik, banner serta bahan promosi untuk tujuan cetakan mahupun siaran di media sosial jabatan dan balai-balai bomba seluruh negeri Johor.
Melalui kursus ini, para peserta didedahkan dengan asas serta teknik penyuntingan grafik menggunakan aplikasi Canva, yang merupakan antara platform reka bentuk grafik digital yang mudah digunakan dan berkesan. Pendekatan ini selaras dengan usaha jabatan untuk meningkatkan mutu penyampaian maklumat serta imej korporat yang lebih kreatif, konsisten dan profesional.
Kursus ini juga memberi penekanan kepada pematuhan garis panduan identiti korporat jabatan dalam semua bahan yang diterbitkan, sekaligus memastikan keseragaman dalam penyampaian maklumat rasmi kepada masyarakat.
JBPM Negeri Johor komited untuk terus meningkatkan kecekapan anggota bukan sahaja dalam aspek operasi kecemasan, tetapi juga dalam kemahiran sokongan yang penting bagi memperkukuh komunikasi dan keterlihatan jabatan di mata masyarakat.
KPKT Malaysia
Bomba Channel
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
MEDIA DIGITAL JOHOR
Mohd Jafni Md Shukor



















