1 November 2022
PPjB Ts. Mohd Rizal Buang, Pemangku Pengarah JBPM Negeri Johor telah mengadakan kunjungan hormat kepada YDH CP Dato’ Kamarul Zaman Mamat, Ketua Polis Johor. Turut hadir bersama dalam kunjungan hormat tersebut adalah PgKB I Muhammad Tarmizi Md Jaafar, Pen. Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Negeri Johor dan PgKB II Azmi Ab Rahim, Pen Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Negeri Johor.Dalam kunjungan hormat tersebut turut diadakan perbincangan berkaitan penyelarasan tugas serta kesiapsiagaan berkaitan bencana Monsun Timur Laut (MTL), Penugasan JBPM Negeri Johor ketika Pilihan Raya Umum ke-15 dan penguatkuasaan dan pemakluman pelanggaran integriti yang melibatkan anggota dan pegawai JBPM Negeri Johor sekiranya terjadi. JBPM Negeri Johor sentiasa komited dan akan memberikan kerjasama yang penuh kepada PDRM Johor dalam menjalankan perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan di Negeri Johor sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL) dan Pilihan Raya Umum ke-15 ini.


