Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor menerusi Unit Udara JBPM Wilayah Tengah melaksanakan dua operasi khas hari ini.Ia membabitkan tugasan operasi ‘medical evacuation’ (MEDEVAC) dan penghantaran logistik banjir di kawasan terjejas di Johor dengan menggunakan helikopter jenis August AW139.Pemangku Pengarah JBPM Johor, Penolong Pesuruhjaya Bomba Mohd Rizal Buang, berkata khidmat khas yang pertama melibatkan operasi khidmat khas MEDEVACyang telah dilaksanakan pada jam 1.00 tengah hari tadi.”Ia bagi mengambil seorang pesakit mengandung yang mengalami komplikasi dari Kampung Orang Asli Peroh, Kahang ke Hospital Kluang. “Penerbangan itu turut disertai lima kru serta 2 orang pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan di laman Facebook rasmi JBPM Johor.Mohd Rizal berkata, bagi operasi khidmat khas kedua melibatkan operasi RESUPPLY (Logistik Banjir) iaitu menghantar bekalan makanan kepada penduduk Kampung Peta, Mersing yang telah terputus hubungan akibat jalan utama dinaiki air. “Dalam operasi tersebut, bekalan makanan seberat lebih kurang 700kg sumbangan daripada Pengurusan Bencana Daerah Mersing telah dibawa untuk diagihkan kepada penduduk di Kampung Peta, Mersing. “JBPM Johor dengan bantuan Unit Udara JBPM sentiasa komited bagi membantu melaksanakan operasi-operasi khidmat khas melibatkan pesawat dari Unit Udara JBPM samada operasi MEDEVAC, penghantaran bekalan makanan dan logistik atau tugas menyelamat SAR,” katanya.


