30 November 2023
PPgB Ahmad Syahir Din Osman dari Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Negeri Johor dan PB Rosnilyana Atong dari BBP Larkin telah dianugerahkan Pingat Cemerlang Bomba (PCB) dalam Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan yang diadakan di Dewan Serbaguna Kompleks Kuarters JBPM Cheras, Kuala Lumpur sebentar tadi. Majlis yang telah disempurnakan oleh YAS Dato’ Sri Abdul Wahab bin Hj. Mat Yasin, Ketua Pengarah JBPM atas kejayaan pegawai tersebut di Kejohanan World Police and Fire Games (WPFG) 2023, di Winnipeg, Kanada. Pengarah serta seluruh warga JBPM Negeri Johor mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah atas penerimaan pingat tersebut.


