18hb Disember 2022
Bertempat di Dewan SJK (C) Pei Chun 1, Pontian, telah berlangsung Pertandingan Ping Pong Zon 1, JBPM Negeri Johor Tahun 2022. Di dalam pertandingan ini, BBP Larkin menghantar seramai 8 orang peserta yang diketuai sendiri TPgB I Mohd Suhaimi bin Abdul Jamal, Ketua Balai BBP Larkin. Hasil daya saing dan komitmen yang tinggi, BBP Larkin telah merangkul kejuaraan di Pertandingan ini. Hadiah telah disampaikan oleh PPjB Ts. Mohd Rizal bin Buang, Pemangku Pengarah JBPM Negeri Johor. Sekalung Tahniah diucapkan kepada kesemua yang mewakili balai dan Kami seluruh warga BBP Larkin berbangga dengan pencapaian ini.