31 Mei 2023 Rabu
BBP Penggaram
Seramai 50 murid-murid dan guru serta penjaga Home School Taman Evergreen telah hadir ke Balai Bomba Dan Penyelamat Penggaram pada hari ini untuk membuat lawatan sambil belajar berkenaan langkah-langkah awal yang perlu diambil bagi mencegah dan mengawal kebakaran di peringkat awal serta cara-cara menyelamatkan diri dari kebakaran jika berlakunya kebakaran. Selain itu, pihak bomba juga berkongsi situasi dan pengalaman pekerjaan, tugas-tugas, cara kerja dan sumbangan pegawai-pegawai bomba kepada masyarakat dan negara serta mempelajari latihan awal apabila menghadapi situasi kecemasan dan kebakaran.


