Akhbar (Putrajaya)
Berita Harian
15 Februari 2023
Anwar Bangga Dengan Pasukan SAR Malaysia Di Turkiye
GAZIANTEP (TURKIYE): Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan perasaan bangga beliau dan rakyat Malaysia atas kecekapan serta tahap profesionalisme pasukan mencari dan menyelamat (SAR) negara yang bertugas membantu mangsa gempa bumi di Nurdagi, di sini.
Perdana Menteri berkata, pasukan SAR negara terdiri daripada anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Kor Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ditempatkan di Nurdagi telah menunjukkan pengorbanan dan keupayaan luar biasa yang boleh dibanggakan.
Siakap Keli
15 Februari 2023

Bernama
14 Februari 2023
https://twitter.com/bernamadotcom/status/1625423793794719744
BERTEMU KEMBALI. #Turkiye Ketua Balai Bomba & Penyelamat Precint 7, Putrajaya, Mohd Yaacob Yusoff & penterjemah tempatan Arif Akdag bertemu semula dalam misi mencari & menyelamat (SAR) di kawasan Stadium Nurdagi selepas pernah bekerjasama pada tahun 1999.
Hairul Nizam/BERNAMA
Kosmo Digital
2 November 2022
- Oleh KAMARIAH KHALIDI
- 2 November 2022, 3:35 pm
PUTRAJAYA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Putrajaya bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan bencana pada musim Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula bulan ini.
Pengarahnya, Nor Arifin Kamari berkata, walaupun secara asasnya Putrajaya bukanlah kawasan ‘hot spot’ kejadian banjir, namun segala kemungkinan boleh berlaku dan kesiapsiagaan tahap tinggi amat diperlukan.
Menurutnya, statistik menunjukkan sepanjang tempoh dari tahun 2000 sehingga 2022, terdapat tiga kejadian banjir kilat yang berlaku iaitu pada 2016, 2018 dan 2020.
Utusan Malaysia
2 November 2022
- Oleh KAMARIAH KHALIDI
- 2 November 2022, 3:24 pm
Menurutnya, statistik menunjukkan sepanjang tempoh dari tahun 2000 sehingga tahun ini, terdapat tiga kejadian banjir kilat berlaku iaitu pada 2016, 2018 dan 2020.
Utusan Malaysia
2 November 2022
Oleh Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin
PUTRAJAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merekodkan 210 kes kematian akibat lemas daripada jumlah keseluruhan 226 kes lemas yang diterima sejak awal tahun ini sehingga kini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, kes tertinggi dilaporkan di sungai atau tali air dengan 136 kes diterima membabitkan 132 kematian.
“Berdasarkan analisis, kes lemas ini kebiasaannya melibatkan golongan muda dan kebanyakan kes berlaku melibatkan orang luar dari kawasan tersebut yang mana mereka tidak mengetahui tentang keadaan sungai, tali air dan badan air dari segi topografi, suasana persekitaran dan kemerbahayaan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan JBPM dan pelancaran Pasukan Gerak Khas Monsun Timur Laut (MTL RED Team) di Ibu Pejabat JBPM di sini hari ini.
Buletin TV3
28 Oktober 2022
Bomba Beku Cuti Mulai 4 November
PUTRAJAYA : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membekukan cuti anggotanya bermula November depan, bagi memastikan tahap kesiapsiagaan jabatan pada tahap optimum sepanjang tempoh kritikal Monsun Timur Laut.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, kelulusan cuti diselaraskan bagi tempoh 4 hingga 30 November bagi semua jenis cuti, kecuali cuti kecemasan, keagamaan dan perubatan …Teruskan membaca
Sinar Harian
28 Oktober 2022
PUTRAJAYA – Pasukan gerak khas bagi menghadapi Monsun Timur Laut, Rapid Emergency Deployed (MTL RED Team) dilancarkan bagi memantapkan lagi persiapan dan persediaan perkhidmatan kebombaan serta penyelamatan yang lebih efisien.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, pasukan itu diletakkan di 11 buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Kuala Lumpur. … Teruskan membaca
Harian Metro
28 Oktober 2022



umnoputrajaya.com.my
16 September 2020
Sinar Harian Online
18 April 2020