PERUTUSAN HARI RAYA OLEH YS PENGARAH KEDAH

Perutusan Hari Raya Oleh YS Pengarah Kedah

Assalamualaikum W.B.T

Di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, saya PKPjB Ahmad Bin Shahabuddin, Pengarah JBPM Negeri Kedah ingin mengucapkan selamat menjalani ibadat puasa dibulan yang mulia ini. Bersama-samalah kita melipat gandakan amalan serta keimanan ke hadrat Ilahi
.
Dalam kesempatan Bulan Syawal yang bakal menjelang ini, saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya  Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua warga bomba di seluruh Negara amnya serta Kedah khususnya. Di harap mereka bergembira disamping keluarga tercinta dan tidak lupa kepada pegawai-pegawai yang bertugas yang mana tidak dapat bercuti, pengorbanan dan jasa tuan-tuan amatlah Jabatan sanjung tinggi dan menghargai setiap gerak kerja yang mana tidak boleh dilakukan oleh insan lain. Saya yakin semua pegawai dan kakitangan JBPM telah bersedia  sepenuhnya untuk meneruskan momentum kerja terbaik dan bermutu kepada jabatan.

Selain itu juga, JBPM Kedah juga ingin menyeru masyarakat agar lebih berhati-hati semasa berada di jalanraya kerana jumlah kadar pergerakan kenderaan seperti yang kita ketahui akan meningkat semasa musim perayaan.Orang awan juga di seru menyediakan alat pemadam api yang bersesuaian di dalam  kenderaan sebagai langkah awal jika terdapat kebakaran kecil di dalam kenderaan mereka. Pihak JBPM sentiasa bersiap sedia dibeberapa lokasi di lebuhraya dan melakukan rondaan di Jalan Persekutuan untuk membantu masyarakat jika terdapat kemalangan ataupun kebakaran.

Masyarakat juga di seru mengambil langkah berhati-hati semasa menggunakan peralatan elektrik semasa menyediakan persiapan menyambut hari raya. Kadar penggunaan elektrik yang tinggi semasa musim perayaan sudah kita sedia maklum. Oleh yang demikian saya berharap masyarakat akan lebih menitik beratkan aspek-aspek pencegahan kebakaran di kediaman masing-masing.Hindarkanlah anak-anak daripada bermain bunga api dan seumpamanya yang boleh mendatangkan kecederaan.

Bagi warga JBPM amnya serta Kedah khususnya yang ingin pulang ke kampung halaman, saya berharap mereka berhati-hati di jalanraya. Semoga selamat sampai dengan selamat dan bergembira di hari raya yang bakal menjelang tiba.

Sebelum mengundur diri, saya berdoa ke hadrat Allah S.W.T agar diberi kekuatan dan keberanian kepada kita semua untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita dengan amanah dan berintegriti. Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan ucapan Selamat Hari Raya  Aidilfitri kepada para profesional khususnya Bomba Sukarela, fire engineers, arkitek, fire contractors, pertubuhan-pertubuhan NGO, media massa dan individu-individu di negeri Kedah yang telah bersama-sama menjayakan misi dan visi jabatan selama ini. Semoga sambutan Aidil Fitri pada tahun ini akan mengeratkan lagi hubugan silaturahim antara kita dan seterusnya akan meningkatkan produktiviti jabatan.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan selamat melayari laman web ini. Saya sudahi dengan WabillahHitaufik Walhidayah Wassalamualaikum WarahmatullahiWabarakatuh.

Sekian,terima kasih
PKPjB Ahmad Bin Shahabuddin
Pengarah
Jabatan Bomba dan PenyelamatMalaysia,
Negeri Kedah.

English EN Malay MS
Skip to content