Persatuan Kebajikan JBPM

LOGO 26Nov2013 145400

 
FASAL 1 NAMA
 
(1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama
        PERSATUAN KEBAJIKAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA.
        Selepas ini disebut “Pertubuhan”.
(2) Takrif Nama :
(3) Taraf Pertubuhan : Lain-lain
FASAL 2 TEMPAT URUSAN
 
1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah
        Ibu Pejabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Lebuh Wawasan, Presint 7, 62250 PUTRAJAYA.
 
  dan alamat untuk surat-menyurat adalah
        Ibu Pejabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Lebuh Wawasan, Presint 7, 62250 PUTRAJAYA,
        WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

        atau di tempat lainatau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa;

2. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat mesyuarat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

FASAL 3 TUJUAN DAN MATLAMAT

Tujuan Pertubuhan ini adalah untuk memberikan bantuan wang kepada ahli atau tanggungan ahli apabila berlaku kematian, sakit dan bencana alam diantara mereka.

FASAL 4 KEAHLIAN


Ahli-Ahli Pertubuhan ini terbuka kepada kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang bermaustautin di Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas atau tidak lebih daripada umur 60 tahun.

Kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang ingin menjadi menjadi ahli hendaklah memohon dan mendaftar namanya, nama tanggungannya lengkap dengan umur dan alamat kepada Setiausaha. Mesyuarat Jawatankuasa berkuasa meluluskan atau menolak permohonan untuk menjadi ahli.

FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

Pemecatan Ahli-ahli Jawatankuasa dan pemilihan ganti-gantinya boleh dilakukan di Mesyuarat Agung Khas. Mesyuarat Jawatankuasa boleh melantik pemangku bagi jawatan-jawatan yang kosong kerana Ahli-ahli Jawatankuasa yang berhenti atau meninggal dunia.

FASAL 6 SUMBER KEWANGAN

6.1  Yuran
        6.1.1    Tiap-tiap ahli baru hendaklah membayar wang pendaftaran sebanyak RM10.00 seorang untuk menjadi ahli.

        6.1.2    Tiap-tiap ahli hendaklah membayar yuran bulanan sebanyak RM2.00.

        6.1.3    Sebanyak RM0.40 sen daripada yuran bulanan ahli hendaklah digunakan untuk perbelanjaan pentadbiran. Kira-kira tersebut hendaklah diasingkan daripada kewangan tabung.

        6.1.4    Ahli-ahli yang tidak membayar yuran bulanan selama 3 bulan berturut-turut atau 3 kali dalam setahun tanpa sebarang sebab yang munasabah akan dianggap telah berhenti menjadi ahli dan namanya akan dipotong dalam buku daftar ahli.

        6.1.5    Ahli-ahli yang berhenti atau diberhentikan atau berpindah dari Jabatan Bomba dan Penyelamat secara otomatik keahliannya akan diberhentikan dari persatuan ini.
        6.2    Sumbangan-sumbangan Kewangan:
        6.2.1    Sumbangan – sumbangan kewangan daripada luar sama ada dari sumbangan perseorangan atau persatuan-persatuan boleh diterima oleh tabung ini untuk dijadikan wang tabung.
.

FASAL 19 FAEDAH

Membantu ahli jika berlaku kematian ke atas dirinya, isteri/suaminya, anak-anak angkat yang berdaftar;
Membantu ahli-ahli yang ditimpa kemalangan yang mengakibatkan kecederaan sehingga berlaku kecacatan anggota tubuh badan;
Membantu ahli-ahli yang kerugian dan kehilangan harta benda akibat kecelakaan seperti kebakaran atau akibat bencana alam seperti banjir atau rebut taufan;

(Rujukan Undang-Undang Pertubuhan – Persatuan Kebajikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia – FASAL 19)

FASAL 20 KAEDAH BANTUAN

Kematian :
Atas kematian ahli – RM 3,000.00
Atas kematian isteri/suami ahli – RM 2,000.00
Atas kematian anak ahli yang mempunyai kelainan upaya (OKU) – RM 1,000.00
Kecacatan Anggota Tubuh Badan :-
Atas kecacatan anggota tubuh badan akibat kemalangan atau sakit sehingga hilang saraan RM 2,000.00
Atas kecacatan anggota tubuh badan akibat kemalnagn tidak hilang saraan RM 600.00
Bencana Alam :-
Atas kerugian dan kehilangan harta benda akibat kecelakaan seperti kebakaran atau bencana alam seperti ribut taufan yang mengakibatkan kerugian RM5,000.00 dan keatas RM 1000.00

(Rujukan Undang-Undang Pertubuhan -Persatuan Kebajikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia – FASAL 20)

Sebarang Pertanyaan boleh menghubungi Timbalan Yang Dipertua, Persatuan Kebajikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia:-PgB Norizan bin Saad –019 235554/03- 88927600 sambungan 7939

Muat Turun Perlembagaan Persatuan Kebajikan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

English EN Malay MS
Skip to content