LATIHAN FIRE FIGHTER CHALLENGE (FFC) PEGAWAI KANAN ZON 3

RENGGAM, 1 Oktober 2025

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor melalui Zon 3 telah menganjurkan Latihan Fire Fighter Challenge (FFC) Pegawai Kanan Zon 3 bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Renggam bermula jam 8.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari.


Latihan ini diketuai oleh Ketua Zon 3, Pn. Siti Hajar binti Sanusi dengan penglibatan semua Ketua Balai serta pegawai kanan Zon 3. Program ini melibatkan pelbagai cabaran fizikal dan teknikal sepanjang laluan sejauh 5 kilometer dari BBP Renggam hingga ke Check Point 5 (CP5).


Objektif latihan ini adalah bagi menguji tahap kecergasan serta persiapan mental dan fizikal pegawai kanan bomba di samping mengukuhkan kemahiran teknikal dalam operasi kebombaan dan penyelamatan. Antara modul latihan yang dilaksanakan ialah:


CP1: Pengukuhan tatacara penggunaan kapak dan gergaji berantai bagi situasi memotong kayu.
CP2: Latihan menguji tekanan tinggi/rendah serta pembiasaan pemakaian Breathing Apparatus (BA).
CP3: Latihan membawa peralatan kebombaan bagi situasi kebakaran dan penyelamatan.
CP4: Kawad operasi pemadaman dengan 400 kaki hos serta dua pancutan air.
CP5: Latihan penyelamatan melibatkan tatacara menyelamatkan mangsa cedera menggunakan stretcher beserta teknik ikatan dan simpulan.


Alhamdulillah, latihan telah berlangsung dengan jayanya dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Bomba Tonggak Tenyelamatan Negara

SiapSediaSetiapMasa

KPKT Malaysia
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
MEDIA DIGITAL JOHOR
Mohd Jafni Md Shukor
Onn Hafiz Ghazi

ms_MYMalay