HCM 2025: GOTONG-ROYONG MEGA SATUKAN MALAYSIA DEMI KEBERSIHAN NEGARA

HCM 2025: GOTONG-ROYONG MEGA SATUKAN MALAYSIA DEMI KEBERSIHAN NEGARA

Hari Cuci Malaysia (HCM) 2025 peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan telah berlangsung dengan semangat kebersamaan dan kesukarelawanan. Program ini dirasmikan oleh Yang Setia PPjB Nor Arifin bin Kamari, Pengarah JBPM Negeri Sembilan.

Pelaksanaan dimulakan dengan pendaftaran peserta, diikuti senamrobik beramai-ramai sebagai pemanas badan sebelum pelancaran rasmi. Seterusnya, warga bomba Negeri Sembilan bergotong-royong mengikut checkpoint yang telah ditetapkan, merangkumi pembersihan kawasan, pengumpulan sisa dan penyusunan semula persekitaran.

Inisiatif ini selari dengan matlamat nasional untuk memperkukuh budaya kebersihan melalui penglibatan agensi kerajaan, komuniti serta rakan strategik. Komitmen JBPM Negeri Sembilan menjadi bukti bahawa kebersihan adalah tanggungjawab bersama demi kesejahteraan negeri dan negara.

Mari kita jayakan #HariCuciMalaysia2025 bukan sekadar aktiviti pembersihan, tetapi gerakan nasional demi kesejahteraan rakyat dan kemampanan bumi tercinta.

555580646 1223131319846437 2883435877302032850 n
ms_MYMalay