


Pada 23 September 2025 (Selasa) Pejabat Zon 4 dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei telah mengadakan sesi coaching tatacara menggunakan Lif Bomba semasa operasi kebombaan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bhg Sarikei.
Program tersebut dibimbing oleh pihak kontraktor Mitsubishi Elevator Malaysia Sdn. Bhd dan kontraktor fire alarm dari system Company IIS Controls Sdn. Bhd.
Diantara objektif program adalah seperti berikut:
1. Meningkatkan kefahaman serta kemahiran anggota dalam mengendalikan Lif Bomba semasa operasi kebombaan.
2. Memberi pendedahan kepada anggota berkaitan fungsi dan sistem Lif Bomba.
3. Meningkatkan tahap keselamatan dan kecekapan semasa melaksanakan tugas penyelamatan
Antara peserta yang terlibat adalah PPgB Arrahman bin Chik Ketua Balai BBP Sarikei, PPgB Mahmudin bin Naruddin Ketua Balai, BBP Bintangor, Pegawai Operasi BBP Sarikei Penyelia-Penyelia Pasukan dan anggota dari BBP Sarikei, BBP Sg Merah, BBP Sibu Sentral, BBP Sibu Jaya dan BBP Bintangor.
Dan program ini berjalan dengan lancar serta mendapat sambutan yang amat baik daripada semua peserta.
