Ujian Saringan Air Kencing di Ibu Pejabat JBPM Negeri Sembilan

Pada 15 Mei 2025, Bahagian Operasi Negeri Sembilan Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan telah menjalankan ujian saringan air kencing secara berkala kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sebagai langkah pencegahan dan memastikan tahap kesihatan serta disiplin dalam kalangan anggota sentiasa terjaga.

Program ini bertujuan untuk memastikan setiap pegawai bebas dari penyalahgunaan dadah berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 1989 dan Pembudayaan Integriti Governans Anti Rasuah (PIGA).

Terima kasih kepada semua pegawai-pegawai yang memberikan kerjasama penuh dalam memastikan persekitaran kerja yang sihat dan selamat.

ms_MYMalay