Tarikh : 25 Ogos 2025 (Isnin)
Masa : 1400 – 1500
Tempat : Pejabat Pengarah, Ibupejabat JBPM Negeri Kelantan
PPjB Ts. Farhan Sufyan Bin Borhan, YS Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan telah menerima kunjungan hormat dari Pn Nor Asyikin Abdullah, General Manager KOP Tradtech Sdn Bhd.
Kunjungan hormat tersebut merupakan platform untuk membincang dan mengeratkan hubungan antara Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Kelantan disamping menjadi medium untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak mereka yang juga adalah anak syarikat milik penuh Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad
Turut sama hadir ialah PgKB I Aswafaizole Bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah JBPM Kelantan.



