












Kabong, 7 Juai 2025
\PKPjB Jamri bin Masran, YS Pengarah JBPM ngeri Sarawak mengadakan lawatan rasmi ke Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Daerah Kabong pada 7 Julai 2025, jam 11.00 pagi bertempat di Balai PBS Daerah Kabong.
Turut serta dalam lawatan ini PEnolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, PgKB I Alimaddia bin Bukri, Ketua Zon 3 PgB Muhammad Rais Adham bin Rosalan, Ketua Cawangan PBB/PBS PKPgB Zuliana binti Mohammad Sarkawi serta PBK I (TBKII) Nasir bin Drahman wakil Ketua Balai, Balai Bomba dan Penyelamat Saratok. Kehadiran telah disambut meriah oleh Pasukan Bomba Sukarela Daerah Kabong yang di pengerusikan oleh Encik Sajali
Lawatan YS Pengarah ke Pasukan Bomba Sukarela ini merupakan lawatan rasmi untuk melihat dan meninjau sendiri keadaan balai dan pengurusan pasukan ini. Di samping itu juga YS Pengarah turut mewakili Jabatan untuk menyampaikan Volunteer Fire Rescue Vehicle kepada PBS Daerah Kabong.
Selain daripada itu juga, YS Pengarah juga turut diberi penghormatan untuk merasmikan penubuhan Pasukan SURI Daerah Kabong.