










Bintulu, 4 Julai 2025
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak telah menganjurkan Seminar Badan Peneraju Industri (ILB) Bidang Kebombaan Tahun 2025 bertempat di Dewan Suarah, Bintulu.
Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Hadir sama ialah YAS Dato’ Ir. Ts. Ahmad Izram bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah JBPM dan YS PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah JBPM Negeri Sarawak.
Seminar ini menghimpunkan peserta yang terdiri daripada wakil industri, agensi kerajaan, profesional keselamatan, pengendali fasiliti serta pengurus premis. Penganjuran ini bertujuan untuk:
i. Menyampaikan maklumat terkini berkaitan dasar dan hala tuju kebombaan sebagai bidang latihan teknikal di bawah ILB.
ii. Meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang pengurusan keselamatan kebakaran di peringkat organisasi.
iii. Mengeratkan kerjasama antara JBPM dan industri dalam usaha memperkasa sistem keselamatan kebakaran di tempat kerja.
iv. Menjadi platform perkongsian cabaran, amalan terbaik dan inisiatif inovatif dalam pengurusan kebakaran.
UPA