BENGKEL“INTERVENSI MENANGANI KES-KES BUNUH DIRI SERTA PENGURUSAN KESEJAHTERAAN MENTAL KENDIRI KEPADA BARISAN UTAMA, PEGAWAI BOMBA DAN PENYELAMAT SERTA AHLI KELUARGA NEGERI PERAK” TAHUN 2025

Ipoh, 30 Mei 2025 – JBPM Negeri Perak telah menganjurkan Bengkel Intervensi Menangani Kes Bunuh Diri dan Pengurusan Kesejahteraan Mental Kendiri bertempat di Dewan Premier Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan, Ibu Pejabat JBPM Perak.

Program ini memberi pendedahan kepada pegawai bomba, barisan hadapan dan ahli keluarga mengenai kepentingan kesihatan mental serta intervensi awal dalam kes berisiko tinggi.

Isu kesihatan mental perlu ditangani secara terbuka dan penuh empati, kerana tekanan emosi boleh menimpa sesiapa sahaja. Diharapkan bengkel ini dapat memperkukuh keupayaan warga JBPM dalam menjaga kesejahteraan mental diri dan komuniti.

ms_MYMalay