19 Jun 2025 (Khamis)
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pulau Pinang telah menerima kunjungan hormat daripada wakil Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura di Kuala Lumpur. Lawatan ini diadakan di Ibu Pejabat JBPM Negeri Pulau Pinang pada jam 2:00 petang.
Delegasi Suruhanjaya Tinggi diketuai oleh Encik Sharmeel Rajaratnam (Counsellor) bersama Cik Khairin Khamaruldin (Second Secretary) disambut mesra oleh YS PKPjB Mohamad Shoki bin Hamzah, Pengarah JBPM Negeri Pulau Pinang.
Kunjungan ini bersifat pengenalan dan bertujuan untuk meneroka potensi kerjasama antara kedua-dua pihak dalam aspek keselamatan kebakaran dan penyelamatan.
Pertemuan ini membuka ruang perbincangan awal mengenai perkongsian amalan terbaik, latihan bersama serta pertukaran maklumat profesional yang boleh dimanfaatkan oleh kedua-dua negara.



