









PENGANJUR BERSAMA : PESKEBS dan Kelab Rekreasi & Kebajikan Bomba Zon 6 Miri (JBPM ZON 6 SARAWAK)
VENUE SUPPORTED BY:
TEKNIKAL SUPPORTED BY:
BULATAN PARK RUNNERS CLUB MIRI
TABUNG AMAL KEBAJIKAN :
PPDK Sunflower, Miri
Larian Amal Bersama Bomba Miri ke-8 tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat Miri.
Program ini bukan sahaja mencapai objektif utamanya untuk mengumpul dana amal untuk PPDK Sunflower Miri, tetapi turut berjaya memupuk kesedaran orang ramai terhadap kepentingan gaya hidup sihat dan keselamatan kebakaran dengan slogan “Building a Fire Resilient Community”.
Dengan kerjasama antara PESKEBS dan Kelab Rekreasi & Kebajikan Bomba Zon 6 Miri, program ini berjaya mengumpul 1,820 kehadiran termasuk peserta daripada Brunei, Indonesia, China dan Ghana melibatkan 4 kategori dan Fun Run. Penyertaan yang memberangsangkan daripada peserta pelbagai peringkat umur serta sokongan padu daripada agensi-agensi kerajaan, sektor swasta, dan NGO membuktikan semangat kerjasama yang tinggi dalam menjayakan acara ini.
Selain daripada aktiviti larian, pelbagai pengisian menarik seperti pameran keselamatan,Jentera Bomba, Demonstrasi memadam api dapur (SURI), dan booth pameran dari pelbagai agensi juga telah menambah nilai kepada penganjuran program ini.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada tunjang utama PESKEBS iaitu YS PKPjB Jamri bin Masran, PgKBI Ahmad Nizam b Sapiee, PgKBI Ismaidi Ismail serta semua AJK induk dan AJK zon dan Balai yang terlibat secara langsung atau tidak kerana telah memberi sokongan yang padu dari awal hingga program berjaya dianjurkan.
TETAMU KEHORMAT YANG HADIR :
– YS PKPjB Jamri Bin Masran, Pengarah JBPM N Sarawak
– YB Dato Sri Lee Kim Shin
– Wakil YB Adam Yii Siew Sang
– wakil YB Choon Chew Man
Pegawai dan Anggota terlibat sebagai AJK
– BOMBA- 109 orang
– PDRM- 10 orang
– ATM- 15 orang
– BULATAN PARK RUNNERS CLUB – 10 orang
Booth Pameran
-Bomba
-OUM
-Bank Rakyat
-Yakult
-Indocafe
-PRISMA ZON MIRI