Seminar Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK) anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak telah berlangsung pada 4 Jun 2025 bertempat di Kinta Riverfront, Ipoh. Seminar ini dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Sukan Kebajikan JBPM dan HRD Corp.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAS Dato’ Ir. Ts. Ahmad Izram bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, dan diiringi oleh YS PKPjB Sayani binti Hj Saidon, Pengarah JBPM Negeri Perak serta pegawai-pegawai kanan jabatan.







