KUNJUNGAN HORMAT JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA KE JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT NEGERI KELANTAN

Tarikh : 13 Mei 2025 (Selasa)

Masa : 1000 – 1100

Tempat : Bilik Mesyuarat Bahagian Penyiasatan Kebakaran, JBPM Kelantan

PPjB Ts. Farhan Sufyan Bin Borhan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan telah menerima kunjungan hormat dari Puan Norzila Binti Mamat Ghani, Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Negeri Kelantan.

Sesi tersebut yang berlangsung selama 1 jam adalah bertujuan untuk berbincang serta mengeratkan hubungan antara kedua-dua agensi disamping merangka program-program yang boleh dijalankan bersama kelak. Turut sama hadir ialah PgKB I Aswafaizole Bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Kelantan bersama Penolong-Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Dan Menyelamat, Bahagian Keselamatan Kebakaran, Bahagian Penyiasatan Kebakaran, Bahagian Latihan Negeri dan Bahagian Pengurusan.

ms_MYMalay