
28 Februari 2025 Mesyuarat Pengarah Bomba Negeri Bersama Ketua Bahagian, Ketua Zon dan Ketua Balai Bilangan 1 Tahun 2025, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah yang berlangsung selama 3 hari bermula 26 februari 2025 hingga 28 Februari 2025 di Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Kudat bermula pada jam 8.00 pagi.
Mesyuarat hari kedua di pengerusikan oleh YS Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah, PKPjB Jainal @ Zainal bin Madasin bersama Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah PPjB Lizalman bin Abu.
Turun hadir Penolong Pengarah Bahagian Operasi, PgKB I Muhammad Taquiddin Victor bin Doon, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran PgKB I Ibnu Sahad bin Hj. Punggak, Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan PgKB I Johari bin Dzulkifli, Menjalankan tugas Penolong Pengarah Bahagian Latihan PgB Martin Thomas serta Ketua-Ketua Zon dan Ketua-Ketua Balai JBPM Sabah.
Sepanjang 3 hari bermesyuarat turut diadakan Mesyuarat MKSP Bil.1 / 2025, Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Pejabat, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan dan Majlis Doa Selamat Bersempena kedatangan bulan Ramadan Al Mubarak di Balai Bomba dan Penyelamat Kudat.

