Cemerlang (APC) Tahun 2024, Sijil Perkhidmatan 30 Tahun dan Sijil Perkhidmatan Terpuji Pegawai Bomba Bantuan (PBB) JBPM Negeri Sembilan 2025
Pada Isnin, 14 April 2025 bermula jam 7.30 pagi, telah berlangsung Majlis Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Bomba, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2024, Sijil Perkhidmatan 30 Tahun dan Sijil Perkhidmatan Terpuji Pegawai Bomba Bantuan (PBB) bertempat di d’Tempat Country Club, Seremban.
Majlis penuh penghargaan ini telah disempurnakan oleh YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Majlis ini adalah tanda pengiktirafan kepada para pegawai yang telah menunjukkan dedikasi, integriti dan komitmen tinggi dalam perkhidmatan demi keselamatan negara dan rakyat. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima!
Semoga terus maju jaya dalam menyumbang bakti kepada JBPM dan masyarakat.








