





Kota Tinggi, 1 April 2025
YS PKPjB Jamri bin Misran, Pengarah Bomba Sarawak yang meluangkan masa bersama anggota BBP Kota Tinggi dalam suasana santai bagi mengeratkan hubungan antara kepimpinan tertinggi jabatan dengan anggota di lapangan.
Majlis dimulakan dengan panggilan baris serta laporan kekuatan pasukan bertugas sebelum diteruskan dengan sesi ramah mesra Aidilfitri bersama YS PKPjB Jamri Masran. Kehadiran beliau telah memberikan peluang kepada anggota bomba yang bertugas untuk berinteraksi secara langsung serta berkongsi pengalaman dan cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan tugas seharian.
Selain itu, majlis turut diserikan dengan jamuan makan bagi meraikan sambutan Aidilfitri dalam suasana penuh muhibah. Acara diteruskan dengan penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada anggota yang telah memberikan komitmen tinggi dalam menjalankan tugas mereka.
Program yang berakhir dengan sesi bergambar ini bukan sahaja memperkukuhkan hubungan silaturahim antara anggota bomba dan kepimpinan tertinggi, malah turut menjadi platform terbaik dalam meningkatkan semangat kerjasama serta motivasi dalam kalangan anggota yang bertugas.
JBPM sentiasa komited dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan anggotanya terus terpelihara, seiring dengan usaha meningkatkan profesionalisme dan kecekapan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.