





Betong, 22 Mac 2025
Program Kempen Keselamatan Kebakaran Peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak telah berjaya dilaksanakan di Perkarangan Bazar Ramadhan Betong. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Dr. Richard Anak Rapu @ Aman Anak Begri, Ahli Parlimen P204 Betong. Majlis turut dihadiri oleh Tn. Richard anak Michael Abu Nawas, Residen Bahagian Betong. YB Dato turut menyempurnakan pelancaran rondaan musim perayaan serta mengagihkan 500 bungkus bubur lambuk dan risalah keselamatan kebakaran kepada peniaga dan pengunjung bazar ramadhan.
Hadir sama ialah PKPjB Jamri Masran, Pengarah JBPM Negeri Sarawak, PgKB Henderi Ardimansyah, PP BKK, PgKB I Alimadia Bukri, PPON dan PgB Mohamad Rais Adham Rosalan, Ketua Zon Sri Aman.
——-