KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berangkat menghantar DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor bersama keluarga berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah, hari ini (20 Januari).
Keberangkatan Tunku Mahkota Ismail ke Tanah Suci turut diiringi YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor dan DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor serta paduka anakanda.
Turut berangkat di LTAS, YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor; YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor.
Hadir sama di LTAS, Dato’ Dr. Abdul Rahim Ramli, Yang Dipertua Jumaah Majlis DiRaja Johor; Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor dan Dato’ Yahya Ahmad, Mufti Johor.
Semoga dipermudahkan urusan ibadah dan dikurniakan umrah yang mabrur.


