
23 Disember 2024. Bahagian Latihan Negeri JBPM Sabah telah mengadakan Program Naziran ke balai-balai di negeri Sabah bagi menguji tahap kompetensi anggota balai dan penggujian kemahiran anggota dalam menggunakan perkakasan penyelamatan.
Program naziran ini yang bermula pada 19 Disember 2024 dari Balai Bomba dan Penyelamat Sipitang dan berakhir pada 23 Disember 2024 di Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud. Program ini merupakan Siri kedua dan salah satu KPI jabatan bagi mengukur tahap prestasi dan kompetensi anggota agar sentiasa bersedia menghadapi sebarang kecemasan dalam menghadiri kes di peringkat daerah.
Program naziran ini diketuai oleh PKPgB Janil bin Jaya dan dibantu PBK I Rozam Shah bin Rahmat dan beberapa pegawai latihan negeri.





