LAWATAN KERJA RASMI YS PENGARAH JBPM NEGERI SARAWAK BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT SIBUJAYA

Sibu, 10 Disember 2024

YS PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak menyantuni Pegawai- pegawai yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Sibujaya.

Ketibaan YS Pengarah disambut oleh PgKB I Ts. Andy anak Alie, Ketua Zon 4 JBPM Negeri Sarawak dan PBT II (KUP) Salim bin Hussain, Ketua Balai BBP Sibujaya bersama pegawai-pegawai bertugas.

Seterusnya, YS Pengarah melawat kawasan balai sambil memeriksa keadaan fizikal kenderaan seterusnya menerima taklimat mengenai statistik dan maklumat BBP Sibujaya.

UPA Bomba Sarawak

ms_MYMalay