

11 Disember 2024 PPjB Lizalman bin Abu, Timbalan Pengarah JBPM Sabah mewakili Pengarah JBPM Sabah dan rombongan telah mengadakan kunjungan hormat kepada PjR Tuan Darman bin Dabang, Pengarah Sukarelawan Malaysia Negeri Sabah bertempat Kompleks Pentadbiran Persekutuan Sabah.
Kunjungan ini bertujuan bagi mengeratkan jalinan kerjasama sedia ada antara agensi dalam mendepani cabaran dalam operasi penyelamatan dan pemadaman kebakaran.
Peranan RELA amat penting dan telah banyak membantu penyediaan kawalan keselamatan di lokasi kejadian dan mempermudahkan Bomba ketika operasi dilaksanakan.