15 Disember 2024, Ahad, 10.49 pagi – Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Berang telah menerima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya di alamat Kg. Bukit Ara , Ajil , Hulu Terengganu
PBK II TBK Muslim Bin Tengah selaku Komander Operasi memaklumkan kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga FLX telah terbabas di bahu jalan. Seorang pemandu lelaki warga emas berjaya dikeluarkan oleh orang awam manakala penumpang wanita warga emas dilaporkan tersepit dan berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba menggunakan peralatan khas . Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Hulu Terengganu menggunakan jentera EMRS bagi mendapatkan rawatan .
#Seeratserasasehatisejiwa #sediamenyelamat #MalaysiaMadani #jbpmnegeriterengganu





