487404703 1077964577699998 5795137589168438286 n

TAKLIMAT ANTI RASUAH OLEH SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM)

12 November 2024 –  Cawangan Sumber Manusia JBPM Pulau Pinang telah menganjurkan sesi taklimat pencegahan rasuah yang dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Bahagian/Zon/Balai.

Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Tuan Mazlan bin Haja Maideen, Penolong Penguasa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pulau Pinang.

Penceramah telah berkongsi mengenai isu-isu rasuah yang sering terjadi kepada penjawat awam termasuk jenis-jenis kesalahan rasuah di bawah Akta SPRM 2009 serta kewajipan melapor rasuah.

Akhir sesi, penceramah menekankan kepada peserta agar sentiasa mengamalkan nilai budaya kerja cemerlang dan berintegriti yang dapat memberikan perkhidmatan dengan cekap dan berkesan tanpa terlibat dengan jenayah rasuah.

#BombaPulauPinang

466513116 970832705079853 1779337141407782556 n

466786757 970832708413186 5224511882409607300 n

466589904 970832701746520 5798214366067072943 n

466206527 970832821746508 3573226233146513867 n

466783572 970833061746484 1599911440987450125 n

wpChatIcon
ms_MYMalay