18 November 2024 – Sambutan Minggu Inovasi 2024 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah diadakan di Lexis Hibiscus, Port Dickson.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak telah memenangi tiga anugerah berikut:
- Johan: Pertandingan Balai Bomba Cemerlang – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya
- Naib Johan: Pertandingan EKSA Kategori Balai – BBP Seri Manjung
- Ketiga: Pertandingan EKSA Kategori Ibu Pejabat/Akademi Bomba – Ibu Pejabat JBPM Negeri Perak
Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Setia Dato’ Ts. Nor Hisham Bin Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.



