Mersing, 28 September 2024 –
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor telah mengadakan Kursus Pemantapan Pegawai Kanan dan Pengenalan Tatacara Bekerja Melibatkan Pesawat yang akan berlangsung pada 28 September hingga 1 Oktober 2024 di Pantai Air Papan, Mersing. Kursus ini melibatkan penyertaan seramai 87 orang, termasuk YS PPjB Siti Rohani binti Nadir Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor.Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan mengenai teknik penyelamatan pesawat (Aircraft Rescue Technique) dan pengenalan kepada pesawat, bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai bomba dalam menghadapi situasi kecemasan yang melibatkan pesawat. Program ini diharapkan dapat memperkukuhkan lagi tahap kesiapsiagaan dan kecekapan anggota dalam menjalankan tugas.Seterusnya, peserta telah menjalankan Aktiviti Cuci-Cuci Malaysia di persisiran Pantai Air Papan. Aktiviti ini bukan sahaja memupuk kesedaran tentang pemeliharaan alam sekitar, tetapi juga memberi peluang kepada pegawai untuk berkhidmat kepada masyarakat dan menjaga kebersihan kawasan pantai.


