SHAH ALAM, 16 September 2024 – Bertempat di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam telah diadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor 1446H / 2024M yang telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj.
YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor telah dijemput hadir bersama Ketua-ketua Jabatan Negeri & Persekutuan bagi mengimarahkan majlis sambutan pada kali ini. Turut hadir PgKB I Ahmad Mukhlis bin Mukhtar, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, PgKB I Farid Asyhadi bin Assa’ad, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran serta Ketua-ketua Zon dan wakil Pegawai-pegawai dari JBPM Negeri Selangor.
Majlis turut diadakan alunan Berzanji dan Berselawat oleh Kumpulan Nasyid, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Ceramah Khas Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Firdaus bin Subhi yang betajuk “Mencintai Rasulullah Sepenuh Jiwa” serta persembahan Nasyid.