Tarikh : 27 Ogos 2024
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Pantai Sri Tujoh Resort, Tumpat
YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan telah hadir merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2024. Atur cara dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Haji Samsudin bin Haji Musa, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Puteh, Sektor Pembangunan Murid. Selepas itu, YS Pengarah telah menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan. Atur cara seterusnya YS Pengarah telah menyampaikan hadiah kepada semua pemenang dan menyampaikan sijil penghargaan kepada pihak JPN dan PPD yang hadir. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan. Turut hadir PgB Nurul Alfisyahrin bin Mhd Zaki, Pengerusi bersama Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat dan PgKB II Khairul Ariffin bin Che Ramli, Kem Komandan Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat serta YM Dr Raja Shamri bin Raja Husin, Pengerusi Yayasan Raja Shamri.
JBPM NEGERI KELANTAN
JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN
JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN
JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN