Suka Menanti, 18 Julai 2024 – Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kedah telah berlangsung pada pagi ini bertempat di Dewan Muhammad Adib, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, anjuran Bahagian Operasi Kebombaan Dan Penyelamat, JBPM Negeri Kedah.
Dalam ucapan amanat Majlis Perhimpunan Bulanan JBPM Negeri Kedah Julai/2024, PPjB Syufa’at Bin Kamaron, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Kedah, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga JBPM Negeri Kedah yang terlibat menjayakan setiap perancangan, usaha dan pencapaian sepanjang bulan.
PPjB Syufa’at Bin Kamaron, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Kedah Kedah juga mengingatkan semua warga JBPM Negeri Kedah bahawa kerjasama dan kesatupaduan antara satu sama lain perlu diteruskan dalam budaya kerja JBPM Negeri Kedah. Beliau juga menyeru Penolong-Penolong Pengarah Bahagian serta pegawai-pegawai kanan JBPM Negeri Kedah untuk membantu mewujudkan persekitaran tempat kerja yang kondusif bagi memotivasikan warga JBPM Negeri Kedah untuk bekerja dengan baik. YS Pengarah JBPM Negeri Kedah turut mengingatkan warga JBPM Negeri Kedah supaya sentiasa mematuhi integriti dan sentiasa melaksanakan tugas dengan nilai-nilai murni di samping menjaga imej serta mutu kerja.
Turut hadir semasa majlis ialah Penolong-Penolong Pengarah Bahagian, Ketua-ketua Balai, pegawai-pegawai kanan, anggota serta kakitangan gunasama JBPM Negeri Kedah.
Semoga Perhimpunan Bulanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kedah Julai/2024 ini dapat membantu menambahbaik pengurusan JBPM Negeri Kedah dalam memberi khidmat terbaik kepada rakyat di negeri ini.
- #MalaysiaMadani
- #BombaKedah
- #UnitMediaBombaKedah
- #BombaMalaysia
- #BombaZon1KotaSetar
- #BombaZon2SungaiPetani
- #BombaZon3Kulim
- #BombaZon4Langkawi
- #jbpmkedahungguldipersada
- #wegeneratedourowntrone
- #strongtogether
- #BiarJasaJadiPahala
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi BOMBA_KEDAH dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
- https://www.facebook.com/bombakedah/
- https://www.instagram.com/bomba_kedah
- https://twitter.com/Bomba_Kedah
- https://www.youtube.com/channel/Bomba_Kedah
Sokongan anda amatlah dihargaiTerima Kasih