“..Bulat Anak Buah Menjadi Buapak,
Bulat Buapak Menjadikan Lembaga
Bulat Lembaga Menjadikan Undang
Bulat Undang Menjadikan Raja..”
Undang LUAK JELEBU KEBAWAH Kaus Yang Teramat Mulia Dato’ Mendika Menteri Akhirulzaman Dato’ Hj Maarof Bin Hj Mat Rashad telah berkenaan mencemar kaus untuk Kunjungan Hormat bersama warga kerja Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan di Bbp Seremban Jalan Rahang.
Keberangkatan tiba Dato’ Undang Luak Jelebu disambut oleh YS Pengarah Khair Osman dan Timbalan Pengarah Mohd Hafiz Hafizal TimaRadin dengan pemeriksaan baris ke atas kawalan kehormatan dan tabik hormat.
Dato’ Undang berkenan menyaksikan pertunjukan penyelamatan dibangunan tinggi disamping turut berkenaan memakai pakaian Operasi Kebombaan serta meluangkan masa meramah mesra bersalaman dengan warga JBPM seterusnya santapan tengah hari. Turut hadir mengiringi Penolong Penolong Pengarah, Pegawai Pegawai Kanan dan Pesara BOMBA Negeri Sembilan