SHAH ALAM, 10 Jun 2024 – YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor telah mengadakan Program Kunjungan Hormat Ke Pejabat YBhg. Dr. Ummi Kalthom binti Shamsudin, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor.
Program Kunjungan bagi mewujudkan kerjasama strategik JBPM dengan JKNS dalam pelbagai aspek, khususnya Keselamatan Kebakaran serta libat urus bersama JBPM dan JKN Selangor.
Turut hadir semasa pertemuan ini adalah PgKB I Farid Asyhadi bin Assa’ad bersama PgKB II Mohd Adzwa bij Mohd Salleh serta Pegawai Kanan.
Sebelum berakhir pertemuan tersebut, YS Pengarah menyampaikan cenderahati dan bergambar kenangan bersama YBhg. Dr. Ummi Kalthom binti Shamsudin, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor.