SHAH ALAM 29 April 2024 – Dalam menyampaikan maklumat berkaitan kesedaran keselamatan kebakaran terutama melibatkan pelajar-pelajar di kampus, pihak JBPM Negeri Selangor telah bekerjasama dengan pihak radio kampus UiTM iaitu UFM.
Satu slot khas dengan tajuk Keselamatan Kebakaran di Kampus telah bersiaran secara langsung menerusi radio kampus UFM di frekuensi 93.6 MHz (Lembah Klang).
Pada masa yang sama juga, PgB Mohd Nazrullah bin Abdul Aziz dan Encik Syahrudin Hanib, Penerbit Rancangan Kanan UFM, telah membincangkan mengenai kerjasama akan datang diantara pihak JBPM Negeri Selangor dan UFM (Radio UiTM).
UFM Uitm Radio