13.05.2024 (Isnin) – Suatu kunjungan hormat telah diadakan ke atas YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah pada pagi ini.
Sesi kunjungan tersebut diketuai oleh YS PKPjB Awang Hidzel bin Awang Bujang, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah, PPjB Syufa’at bin Kamaron, Timbalan Pengarah, turut serta Penolong-Penolong Pengarah Bahagian dan Pegawai Kanan Jabatan.
Perbincangan semasa kunjungan hormat dimulakan dengan pengenalan ringkas berkaitan fungsi jabatan dan taburan balai bomba di bawah jagaan JBPM Negeri Kedah. Jabatan turut menyatakan komitmen serta kesungguhan dalam usaha untuk memastikan keselamatan awam terus terjamin khususnya melibatkan kebakaran dan lain-lain bencana di Negeri Kedah.
Kepesatan pembangunan Industri di Negeri Kedah juga menjadi tajuk utama perbincangan, dari segi aspek keselamatan kebakaran premis-premis Industri, pematuhan kepada piawaian keselamatan kebakaran menjadi keutamaan bagi mewujudkan zon Industri selamat.
Dengan segala hormat, ucapan terima kasih yang tak terhingga pada YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, atas kesudian untuk meluangkan masa bagi menerima kunjungan hormat ini.