Masa: 1600H
Lokasi: Pos Bario
Perkara: Lawatan Muhibah Ke POS Bario
Pegawai Terlibat:
1.PgKB I Henderi Bin Ardimansyah
Penolong Pengarah,
Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat,
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Sarawak.
2.PgKB I Ismaidi Bin Hj. Ismail
Ketua Zon 6,
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6, Negeri Sarawak.
3.PKPgB Azaharul Bin Sahari
Ketua Cawangan PBB dan PBS,
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak
4.PPgB Maureen Sim Ah Lian
Ketua Balai,
Balai Bomba dan Penyelamat Marudi
5.KK Frazier Kaya
Pengerusi,
Persatuan Bomba Sukarela Bario.
Laporan:
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Sarawak telah mengadakan Lawatan Muhibah ke Pos Bario, Lawatan ini diketuai oleh Penguasa Kanan Bomba I Henderi Bin Ardimansyah, Penolong Pengarah, Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat. Semasa Lawatan ini Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat telah menyampaikan Sijil Penghargaan diatas penglibatan dan bantuan pemadaman kebakaran di Kampung Pa’ Umor Bario pada 14 April 2024 Sijil tersebut telah diserahkan kepada Lt Mohd Fathi Akmal bin Mohd Zaid daripada 6 Rejimen Sempadan selaku Ketua Pos Bario pada masa kejadian. Turut hadir bersama adalah Penguasa Kanan Bomba I Ismaidi bin Ismail, Ketua Zon, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6, Negeri Sarawak.