KUALA LUMPUR, 28 Februari 2024 – YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor adakan Kunjung Hormat ke atas YBrs. Puan Noriza binti Salleh, Pengarah Penyiaran Negeri Selangor
Kunjungan Hormat diadakan bagi membincangkan berkaitan kerjasama strategik bersama Penyiaran Negeri Selangor serta hal-hal berkaitan Jabatan di Negeri Selangor termasuk prosedur pengurusan bencana negeri dan perkara yang berkaitan dengannya.
Turut hadir bersama Pengarah adalah Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran, Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakatan, Penolong Pengarah Bahagian Latihan dan wakil PP Bahagian Operasi serta Pegawai Perhubungan Awam JBPM Negeri Selangor.
Sebelum berakhir program kunjung hormat Pengarah berkesempatan bergambar kenangan bersama Pengarah Penyiaran Negeri Selangor serta menyampaikan cenderahati jabatan dan barangan kempen keselamatan kebakaran.
