Tarikh : 16 Januari 2024 ( Selasa )
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Jambatan Tendong, Pasir Mas Kelantan.
YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan telah meluangkan masa hadir melawat pegawai bertugas di PKTK mencari dan menyelamat mangsa hilang di air ( sungai ). Terdahulu YS Pengarah telah mendengar taklimat kejadian yang telah disampaikan oleh PgKB II Khairul Ariffin b. Che Ramli, Ketua Zon 1 yang juga Komander Operasi Kanan. YS Pengarah juga telah memberi sedikit kata-kata semangat dan nasihat kepada ahli keluarga mangsa yang turut berada di lokasi. Seterusnya satu sidang media telah diadakan untuk memperincikan lagi tentang operasi mencari dan menyelamat mangsa. Hadir sama Ustaz Ahmad Fadhli b. Shaari, Ahli Parlimen Pasir Mas.
JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN