Tarikh : 15 Januari 2024 ( Isnin )
Masa : 11.45 pagi
Tempat : Perumahan Padang Tembak, Pengkalan Chepa.
YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan telah mengadakan lawatan ke rumah kediaman PBK II Mohd Khairul Fais b. Ariffin yang telah kehilangan bapa tersayang akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Semoga PBK II Mohd Khairul Fais bin Ariffin dan keluarga tabah dan sabar menerima ketentuan serta ujian daripada Allah SWT. YS Pengarah dan seluruh warga JBPM Negeri Kelantan mendoakan arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan beriman.
JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN