27.11.2023: Pusat Gerakan Operasi (PGO), JBPM Negeri Johor menerima panggilan kecemasan pada jam 11.01 malam tentang kebakaran sebuah kilang yang berlaku di Kilang Perabot Cushion, Kd Parit Ulu, Bakri, Muar, Johor.
Pasukan Bomba daripada BBP Muar dan dibantu oleh BBP Pagoh dengan kekuatan anggota seramai 24 orang telah dihantar ke lokasi kejadian.
Komander Operasi, PBK II Heza bin Aris melaporkan sebuah kilang perabot jenis kekal yang berkeluasan 100×80 kaki persegi telah terbakar 90%.
Pasukan Bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan sumber air dari jentera dan pam angkut menggunakan sumber air terbuka berhampiran sehingga selesai.
Operasi tidak melibatkan sebarang kecederaan danmangsa. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. Operasi ditamatkan pada jam 1.30 pagi, 28 November 2023.