SHAH ALAM, 20 Oktober 2023 – YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah, JBPM Negeri Selangor telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas YBhg. Puan Zirawati binti Kadir, Pengarah, Jabatan Audit Negara Negeri Selangor bersama Pengurusan Tertinggi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Audit Negara, Negeri Selangor.
Kunjungan Hormat diadakan bagi membincangkan berkaitan kerjasama strategik bersama Jabatan Audit Negara Negeri Selangor serta hal-hal berkaitan keselamatan dan perlindungan bangunan, termasuk latihan kebakaran, prosedur dan perkara yang berkaitan dengannya.
Turut hadir bersama YS Pengarah adalah Ketua Cawangan Kewangan, Ketua Zon 1SL Shah Alam dan Pegawai Perhubungan Awam.
Sebelum berakhir program YS Pengarah berkesempatan bergambar bersama Pengurusan Tertinggi Jabatan Audit Negara, Negeri Selangor dan menyampaikan cenderahati serta barangan kempen keselamatan kebakaran.