BUKIT JELUTONG, 6 Oktober 2023 – Bertempat di Dewan Cemerlang, Ibu Pejabat JBPM Negeri Selangor telah diadakan Ceramah Agama Sempena Maulidur Rasul.
Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Dzul Khairi bin Mohd Noor dengan tajuk “Kenal dan Ikut Nabi S.A.W”. Al Fadil Ustaz merupakan seorang Pengurus Syarikat Faqih Synergiz dan seorang Penulis Buku.
YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM bersama Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, PgKB I Ahmad Mukhlis bin Mukhtar dan Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran, PgKB I Farid Asyhadi bin Assa’ad turut hadir bagi mengimarahkan majlis ceramah agama kali ini bersama Ketua-ketua Zon, Ketua-ketua Balai dan Pegawai Kanan JBPM Negeri Selangor.
Pegawai dan anggota di 38 Balai Bomba JBPM Negeri Selangor juga tidak terlepas peluang untuk berada dalam majlis ceramah agama ini melalui aplikasi “Zoom Meeting”.
Majlis diakhiri dengan sedikit penyampaian barangan kempen keselamatan kebakaran dan bergambar bersama penceramah dan biro agama sebagai kenang-kenangan.
