MAJLIS PERASMIAN BOMBA KOMUNITI, FIRE POINT & KEMPEN KESEDARAN KESELAMATAN AWAM KAWASAN KUALA LAWAS TAHUN 2023

Lawas, 29 September 2023

Majlis disempurnakan oleh YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Bin Ali Hasan, Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Pembangunan Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II, Menteri Perdagangan Antarabangsan & Pelaburan Sarawak bertempat di Waterfront Kampung Dato, Kuala Lawas.

Ucapan pertama diberikan oleh Ketua Pasukan Bomba Komuniti, Kr Mohamad seterusnya ucapan alu-aluan oleh PgB Ramlan b Marajan, Ketua Zon 7 & menayangkan rakaman ucapan *YS Datu Khirudin bin Drahman@Hussaini, Pengarah JBPM Negeri Sarawak.*

Objektif program ialah, menyampaikan & menjelaskan peranan JBPM kepada masyarakat setempat, meningkatkan budaya keselamatan kebakaran & amalan Pencegahan Kebakaran dlm kalangan masyarakat setempat.

Memberi pendedahan & pengetahuan kepada masyarakat setempat tentang penggunaan pepasangan keselamatan kebakaran, memperluarkan networking dlm kalangan pemimpin masyarakat setempat, badan bukan kerajaan (NGO) & ahli professional dgn JBPM dan memupuk semangat keprihatinan dlm kalangan masyarakat setempat.

Gimik perasmian dilakukan dgn memotong riben fhistel oleh YB Datuk Amar, seterusnya penyerahan Sijil enam(6) Pasukan Bomba Komuniti Kuala Lawas, Penyerahan Alat Pemadam Api kepada Ketua Pasukan Bomba Komuniti & Ketua Kaum dan penyerahan cenderamata kepada YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Bin Ali Hasan & YB Dato Henry Sum Agong.

Hadir sama ialah YB Dato Henry Sum Agong, Ahli Parlimen P.222 Lawas, YBhg Datu Haji Ubaidillah bin Abdul Latif, Pengarah NRDA, YBhg Tuan Haji Unus b Tambi, Residen Limbang, YBhg En. Ladin Atok, Pegawai Daerah, YBhg Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa, Setiausaha Politik Premier Sarawak.

ms_MYMalay