ka4 ka1 ka3 ka9 ka8 ka7 ka6 ka5 ka2
MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN PERTANDINGAN KAWAD KECEKAPAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI SARAWAK 2023 DAN TAYANGAN PERDANA ‘LEMAS AKAL BUDI’ TERBITAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI SARAWAK
Kuching, 29 September 2023
YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman@Hussaini, Pengarah JBPM Negeri Sarawak menyempurnakan Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Pertandingan Kawad Kecekapan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak 2023 dan Tayangan Perdana ‘Lemas Akal Budi’ Terbitan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak bertempat di Bilik Seminar Ibu Pejabat pagi ini.
Seramai 11 orang peserta PKK diiringi 2 Pegawai pengiring akan berlepas ke Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Terengganu esok dalam menyahut cabaran pertandingan tersebut yang akan bermula pada 2 hingga 5 November 2023.
Terdahulu dalam ucapannya beliau menyeru agar setiap daripada pegwai bomba perlulah mendahulukan kepentingan awam daripada kepentingan diri dengan melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh, cekap, jujur, amanah dan bertanggungjawab. Jabatan sentiasa menekankan tentang lmu (Knowledge), Kemahiran (Skill), dan Sikap (Attitude) dalam menjalankan tugas sebagai pegawai bomba. Kombinasi ilmu, kemahiran dan sikap yang terbaik diperlukan bagi melahirkan insan yang kompeten dan cemerlang serta mampu membawa jabatan kepada tahap yang lebih tinggi sejajar dengan visi jabatan. Kejayaan masa hadapan jabatan amat bergantung kepada kekuatan modal insan yang dimiliki baik dari segi intelektual mahupun keperibadiannya.
Beliau turut dipersembahkan dengan Tayangan Perdana Lemas Akal Budi yang turut dipertandingan sempena Hari Inovasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia kelak. Kisah mengenai sikap manusia yang sombong dan bongkak akhirnya sedar akan kesombongan dirinya akan memakan diri. Video pendek tersebut juga memaparkan mengenai keselamatan di air serta turut mempromosikan sebuah kawasan peranginan di Kuching.
Hadir sama ialah PPjB Tiong Ling Hii, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Sarawak dan PgKB II Azizah binti Salim, Penolong Pengarah Latihan Negeri.