PENGARAH BOMBA SARAWAK TERIMA KUNJUNGAN HORMAT MANAGER EAST MALAYSIA SALES, MALAYSIA AVIATION GROUP

Kuching, 5 September 2023

YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman@Hussaini, Pengarah JBPM Negeri Sarawak menerima kunjungan hormat daripada Encik Mohammed Firdaus Mohamed Zaidi, Manager East Malaysia Sales, Malaysia Aviation Group Berhad bertempat di pejabatnya pagi ini.

Pelbagai perancangan kolaborasi di antara kedua-dua pihak ini yang akan diadakan pada masa hadapan. Ianya bagi membantu kedua-dua pihak dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat

ms_MYMalay